Juniartha Semara Putra
KATA-KATA
KERENDAHAN HATI YANG BANYAK MAKNA SERTA KATA KESUKSESAN
Kita
lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli
semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang
dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan
dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita
lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana
mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh,
bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga
ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kamu
dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. ~ Voltaire Setiap orang dapat
mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang
dilakukan.
Lebih
baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
~ Anonim Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang
yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. ~
Pepatah
Arab Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada
mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu. Sabar adalah jalan
keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar. Kepala yang tidak
mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela. ~
Napoleon
Bonaparte Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau
dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. Setiap
yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Esok
pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang. Reaksi emosi jangan dituruti kerana
implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Masa depan itu dibeli
oleh masa sekarang. ~ Samuel Johnson Seseorang yang jujur diterima ucapannya
oleh musuh. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Pengecut
mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. Lombong
emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur M.H
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan
keberanian. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa
yang ditinggalkan. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang
kewibawaannya. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.. Keikhlasan itu
umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Kebanyakan orang membuang banyak masa dan
tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya. Harta
yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. Apabila kepercayaan telah hilang
lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. ~ Whittier
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut,
tetapi mampu melantun kembali. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Biarpun jalan itu panjang, kita
akan merintisnya perlahan-lahan. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan
ilmu. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya
kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse Sebaik-baik orang yang diberi
nasihat ialah penguasa. Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai,
tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan
keserasian berkumpulan. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Berfikir sejenak, merenung masa lalu
adalah permulaan yang baik untuk bertindak. Ambillah waktu untuk berfikir, itu
adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari
masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan
Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah
waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu
untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu
adalah kunci menuju syurga. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia
berkata selaras dengan tindakannya. Tidak penting bagimu mengetahui harganya,
tetapi penting mengetahui nilainya. Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk
berkali-kali.. Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling
mampu menguasai rahsianya. Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah
melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga. Manusia tidak merancang untuk
gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel Jangan sesekali
menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak
mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang-orang yang paling berbahagia
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang
terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Barangsiapa menanam, dia
yang akan menuai.. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang
diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda. Sifat peribadi yang
kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita
berhadapan dengan kecemasan. Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan
mempengaruhi diri anda sendiri. Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti
sifat peribadi anda kepada nasib. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan
musuhnya yang celaka ialah jahil. Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana
samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia. Jika
kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. ~ Horatius Orang yang
paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. ~ Mognon Me
Lauhlin Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.. Jika anda mahu
membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu,
anda akan cari alasan. ~ Peribahasa Arab Sebuah pedang diketahui keampuhannya
sesudah memotong. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. ~ Charles
Cahier Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya. Memang amat tinggi
letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus
asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal
mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. ~ Said Mustafa Setiap kali tersadung,
ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.. Jadikan sebagai aturan hidup untuk
melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ~ Peribahasa Cina Manusia
tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak
suka mengambil tahu walaupun satu perkara. Jika kamu berhasrat untuk berjaya,
jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga
tersebut. Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang
disuruh. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. ~ John
Petitsenn Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
akhir hayat. ~ Joseph Conrad Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling
pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada
kesenangan yang terus-menerus. Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan,
tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. Orang yang cemerlang melihat
setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang
tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan
kemundurannya. Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan
tangan di dalam poket. Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk
menghadapi malam yang akan sampai. Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman
dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa
hadapan jangan terlalu diangan-angankan. Berfikir sebelum berbuat adalah satu
kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa
berfikir adalah seribu kebodohan. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar
bertanya dan akal yang suka berfikir. Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa
yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.
Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda
adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar.
~ Barbara Hall Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan
mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang. ~ Whitney W
Young Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi
tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~ Dr. Mahathir Mohamad Manusia
berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. ~ Allen Tate Kegagalan
hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh
itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan
rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi. Manusia yang berhati suci
adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan
keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan
mengikuti arus perubahan kedewasaan. Orang yang bijak mempelajari banyak
perkara daripada musuhnya sendiri. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal
kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA. Jika anda
hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah
membuat kebaikan. Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka. Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang
mempunyai peluang untuk menjadi pandai. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa
anda bergantung kepadanya. Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya
anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. Jika anda berhasrat untuk berjaya,
jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga
tersebut. Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan
lupakan masa silam. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
bersabar. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Adalah lebih
baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding
kesalahan kepada pihak lain. Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan
satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari. Jika anda hilang
segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. Sesiapa
yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.........
Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya ~ Hamba Allah
Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada
penghabisan umur ~ Hamba Allah Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan
kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan. Rahsia
kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. ~
Albert Camus Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah. Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. Kecemerlangan
adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah
batinnya. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille Jangan
biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke
pelabuhan. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh
perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. ~ Aflatun Kesempatan yang kecil
seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar. Hidup memerlukan
pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan
ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa
diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal. Perbezaan antara
orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang
dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. Bukti yang paling jelas
tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan
apa yang ia mahu dengan secara ringkas. Berfikir secara rasional tanpa
dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg
paling berkesan. Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu
kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya. Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi
dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih bawah daripadanya. Sesungguhnya orang yang berakal itu
menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya. Jangan
memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum
memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah
horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar. Jangan
mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi
juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya. Kecantikan yang abadi
terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya. Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak
dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. ~ Wahab B.
Munabin Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. ~ Andre Colin Bangsa
yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. ~ Soekarno Semiskin-miskin orang ialah
orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~ Hukama Ciri orang yang beradab
ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang
yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius Jangan tanya apa yang dibuat
oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. ~
Abraham Lincoln Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. ~
Albert Einstein Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah
mulia dan terpuji. ~ La Roche Manusia yang tidak berharap untuk menang telah
sedia kalah. Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum
pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang. Hidup tidak boleh berpandukan
perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama
harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~
Marcus Aurelius Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke
dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang
terbuka setelah mengukur dalamnya. ~ Stahl P.J Hari yang mendatang tidak akan
memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit
pun. Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia
harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan
muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu
baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan
berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang
telah melakukan kerjanya dengan baik sekali. Orang yang cekal dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau
perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan
perhatian ke arah mencapai matlamatnya. Nilai hidup harus diukur dengan garis
yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~ Richard Brinsley Sheridan
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan
satu kesalahan lagi. ~ Confucius Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di
atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air. Harta akan habis
digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan. Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua
empuknya pasir itu. ~ Pepatah Arab Perjalanan seribu batu bermula dari satu
langkah. ~ Lao Tze Awal mula pohon ialah benih.. Gantungkan azam dan semangatmu
setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum
bererti ia melihat. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi
pada hari esok. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana
yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang
kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan
mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk
menukar dirinya sendiri. Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan
berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan
jangan memberitahu semua yang kamu dengar. Seseorang menganggap sekatan sebagai
batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai
adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan Jika
kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima
juga setanding dengan apa yang kita usahakan. Kalau tidak kerana semalam kita
telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan
berada di sini. Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang
tertinggi. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang. Jangan sesali apa
yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan
bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Jika anda bekerja semata-mata
untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai
pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda. ~ Ray Kroc
(Pengasas McDonalds) Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila
kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah. ~ T.S Matthews Mereka yang
berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering
gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga
kejayaan yang dikecapi. Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui
kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan
cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Jadikan dirimu bagai pohon yang
rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang
pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah
dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa
sakit hati. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak
percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah
kita miliki sampai kita mendapatkannya. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih
sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan,
dan keutamaan hati ialah keberanian. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan
permulaan daripada usaha yang besar. Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Tidak lurus keimanan seseorang
kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus
lidahnya. Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di
mukanya. ~ Khong Hu Cu Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi
kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan
kembali kerugian yang dideritainya. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang
mendatang hadapi dengan cemerlang. Bukti akal fikiran seseorang ialah
perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya. Berdiam diri adalah unsur
terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Janganlah berputus asa. Tetapi
kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun
dalam keadaan putus asa. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal
yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita
adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir
tentangnya. Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah
diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap
adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik Marwan Fikirkan tentang dirimu. Jika
satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh
menghentikannya. ~ Voltaire Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita,
kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu
ke depan, pandanglah masa depan kita. Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di
kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan
mana yang salah.
Hidup ini penuh tanjakan dan
turunan. Dalam situasi tertentu kita pasti akan memerlukan inspirasi untuk
terus bersemangat melanjutkan dan menikmati perjalanan ini.
Untuk itulah kita masih akan terus memerlukan inspirasi dan
kata-kata bijak para pemikir dunia dalam hidup kita.
Dan di luar sana memang beredar begitu banyak kata mutiara
yang ditujukan sebagai inspirasi sukses Anda.
Cuma, karena banyaknya kata-kata mutiara dari pemikir dunia
yang memiliki latar belakang, pengalaman, pandangan hidup dan kepercayaan yang
berbeda-beda, maka tentunya tidak
semua kata mutiara tersebut akan cocok, pas atau berguna untuk kita.
Tidak semua kata mutiara tersebut bisa jadi inspirasi sukses
kita.
Kita harus bisa memilih dan memilah mana kata-kata mutiara
yang benar-benar akan menginspirasi, memotivasi dan menunjang kesuksesan hidup
kita, dan mana yang justru sebaliknya, mematahkan semangat, melemahkan daya
juang atau malah "menyesatkan".
Di halaman-halaman Kata
Mutiara Inspirasi Sukses kami,
pekerjaan memilih dan memilah tersebut telah kami lakukan untuk Anda. Kami
hanya cantumkan kata mutiara yang tepat, kata mutiara inspirasi sukses yang
akan menjadi afirmasi dan motivasi kesuksesan hidup Anda. Kata mutiara yang
menunjang kehidupan
sukses total yang Anda
cari.
Yang harus Anda lakukan tinggal... "ENJOY and BE
INSPIRED".
Setiap kali Anda merasa 'suntuk' dan 'gerah'
dengan hidup Anda, kunjungi halaman kata mutiara inspirasi sukses kami.
Pesan-pesan indah di dalamnya insya'allah akan membantu Anda menemukan hikmah di
segala situasi dan kondisi.
Kelebihan lain kumpulan kata mutiara inspirasi sukses kami
adalah mereka tidak berasal dari satu orang saja.
Kita tahu, tidak mungkin bagi satu orang saja untuk
mengetahui seluruh kebenaran, jadi kami menghindari "approach"
yang menggunakan satu orang nara sumber saja sebagai sumber kata-kata mutiara
inspirasi sukses kami, karena ini bisa membatasi wawasan Anda menjadi satu
sudut pandang saja.
Jadi, sekali lagi, rest
assured that, (yakinlah bahwa) dalam halaman-halaman kata-kata inspirasi
kesuksesan kami, Anda akan temukan hanya yang terbaik, dari kepala banyak
orang-orang terbaik, karena seperti kata pepatah juga bahwa, "Great
minds think alike" serta bahwa "Nobody has the whole
truth. Everybody has a piece of everything."
Atau bahwa "Orang-orang besar dan bijaksana memiliki
pikiran atau pandangan yang serupa" dan bahwa "Di dunia ini
tidak ada seorangpun yang memiliki seluruh kebenaran. Masing-masing orang
memiliki sepotong kebenaran itu, termasuk Anda."
No comments:
Post a Comment